PENGHANTARAN DATA BULAN MEI 2010

Salam 1Malaysia.

Buat pengetahuan semua guru data SSDM, mulai tahun ini, penghantaran data SSDM mengalami sedikit perubahan dimana data hanya dihantar sebanyak dua kali setahun berbanding tiga kali setahun sebelum ini.

bagi penggal pertama, data yang perlu dihantar adalah data bagi bulan Januari hingga Mei. manakala bagi penggal kedua, data yang melibatkan bulan Jun sehingga November.

sehubungan itu, semua guru data SSDM daerah Kuala Selangor diminta menghantar data bagi bulan Mei sahaja bagi melengkapkan data bulan Januari hingga April yang telah dihantar pada 5 dan 6 Mei yang lalu.

ingin dimaklumkan bahawa butang SEMAKAN terpaksa dimansuhkan buat seketika bagi menjaga kerahsiaan maklumat yang dihantar.

sila rujuk blog ini bagi sebarang kemaskini maklumat atau pemberitahuan mengenai penghantaran data SSDM.

terima kasih dan tahniah bagi sekolah-sekolah yang telah berjaya menghantar data bagi bulan Mei.

0 comments:

PENGHANTARAN DATA